Alkisah sebab ummi terfikir nak sangat buat satu blogsite untuk ummi luahkan segala luahan hati ummi pada anak-anak ummi ni sebab, ummi fikir.. anak-anak ummi masih kecil (ummi buat blog ni waktu 'aizsy baru 1tahun 11bulan).
Jadi, ummi fikir.. anak2 ummi (ummi rujuk kepada semua anak2 ummi yang dah lahir dan yang bakal lahir insyaAllah) akan lupa segala apa yang berlaku terutama pada waktu kamu kecil dan tak tahu apa2.. baru nak belajar itu dan ini.. Sedangkan pada masa kamu semua kecil lah, ummi dan walid berhempas pulas (sorts of) membesarkan kamu.. kamu lah penyejuk mata dan hati kami. Kamu lah yang membawa senyum pada wajah2 dan hati2 kami.. Sedang kamu akan lupa semua tu. Dan kami yang akan semakin tua juga mungkin akan lupa. Dan kami juga akan pergi.. Tanpa sempat mengenangkan kembali kepada kamu tentang apa yang berlaku antara kita di waktu kami muda dan kamu semua masih kecil dan suci tanpa dosa.
![]() |
| semasa hari raya pertama ummi dan walid, 2013. ummi menunggu hari untuk menantikan kedatangan sayang ummi 'aizsy ke dunia. the baby bump is you, my son! hehe. |



No comments:
Post a Comment