ummi rujuk tajuk ni untuk semua anak ummi. namun lebih khusus untuk sayang ummi yang sedang berada dalam rahim ummi buat masa ini. (ummi masih belum menamakan kamu. sebab ummi belum pasti jantina kamu 100%. Allahu a'lam)
terima kasih sayang yang tak terhingga. ucapan syukur paling tinggi kepada Allah.. yang kurniakan ummi teman paling setia seperti kamu.. ummi tak berasa sunyi sebab ada peneman yang sentiasa ikut ummi pergi mana2. hehehe. tak boleh bayang jugak, kalau Allah jadikan rahim yang ada bayi tu, boleh diletakkan di atas meja seketika bila2 ummi merasa letih atau rasa nak meniarap atau potong kuku kaki.
Allahu.. besar pengorbanan seorang ummi (ummi rujuk pada semua wanita yang pernah mengandungkan hamba Allah). ummi sangat2 menyerahkan urusan anak2 ummi kepada Allah. kerana ummi terlalu mencintakan kamu semua. namun ummi lemah dan banyak kekurangan. hanya Allah yang mengetahui segala yang terbaik buat hambaNya. dan hanya Allah yang Maha Memelihara. Al-Hafeeedz. Dan, yang paling pasti, Allah mengasihi hamba2Nya melebihi kasih seorang ummi terhadap bayinya. Subhaanallah.. Jadilah anak2 ummi yang soleh dan solehah. Menjadi syurga dunia buat walid dan ummi serta atuk, maktuk dan seisi keluarga.
sayang ummi rajin bergerak. jarang2 biarkan ummi merasa bosan. nanti2 ummi dapat rasakan ada yang menyiku, menyenggol, menendang dan beralih2 punggung. hehehe. si comel ummi yang sentiasa mahu dibelai. yang sentiasa mahu perhatian. terima kasih sayang..
terima kasih juga kerana menemani ummi dalam setiap suka dan duka. ummi tak pasti adakah ia benar2 terjadi. bahawa kamu juga dapat merasai perasaan ummi pada saat kamu berada dalam rahim ummi - senyum ketawa ummi.. sedu tangis ummi.. dan segalanya.
ummi benar2 berharap, Allah jadikan anak2 ummi sebagai peneman ummi di dunia dan di akhirat nanti. agar ummi tak bersendirian. tapi ummi lebih harap, Allah tak tinggalkan ummi. :)
No comments:
Post a Comment